Tuesday, May 3, 2016

Khasiat dan Kebaikan Kunyit

Salah satu herba yang digunakan dlm proses pemerapan Kambing Perap Al Faqeh ialah kunyit. Kami menggunakan kunyit hidup dan tidak menggunakan serbuk kunyit kerana ingin memberikan rasa yang lebih segar, sedap dan lembut.
Kunyit banyak khasiatnya dan tidak semua antara kita yang sedar akan kebaikkan kunyit...
 Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.


Kelebihan dan kebaikan KUNYIT
  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan
  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan
  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang





Jom dapatkan Kambing Perap Al Faqeh / Marinated Lamb

Hubungi :

Ita : 013 2550817
Hafiz : 019 2362957




 

No comments:

Post a Comment